Vans Vault telah memperkenalkan Pek Tropika yang baru sempena musim panas ini. Pek ini juga tersedia dengan model ruji jenama, Classic Slip-On LX dan Sk8-Hi LX.

Rekaan model kasut pada pek ini bertemakan pokok palem dan matahari terbenam dengan campuran warna pink, hitam, kelabu dan biru laut. Kedua-dua model kasut ini mempunyai bahagian campuran yang direka menggunakan premium suede, kanvas dan kulit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, corak dan campuran warna pada kasut ini dapat menjadikan kasut ini kelihatan menarik dan selesa untuk digayakan para penggemar Vans. Vans Vault Tropical Pack ini akan dijual diantara harga $ 90 (RM365.47) hingga $110 (RM450.35) dan boleh didapatkan di butik-butik yang terpilih seperti Features.

Vans Vault vckt

Vans Vault vckt

Vans Vault vckt

Vans Vault vckt

Vans Vault vckt