Vans berkolaborasi bersama Hockey Skateboards untuk mengembalikan model vintaj daripada katalog mereka, Authentic High untuk skateboarder Andrew Allen.

Andrew adalah salah seorang skateboarder yang dikenali dengan gaya uniknya. Model ini semestinya diinspirasikan daripada model Vans Authentic tetapi dalam versi high cut.

AA

Vans x Hockey Authentic High Pro ini hadir dengan teknologi terkini antaranya Duracap untuk ketahanan dan insole Popcush untuk keselesaan sepanjang menyarung kasut ini.

Kasut ini diperbuat sepenuhnya daripada kanvas dan terdapat bahagian getah tambahan di sisi luar kasut untuk memanjangkan riwayat kasut ini untuk anda yang bermain skateboard. Nama Andrew Allen turut tertulis di bahagian dalam kasut ini.

vans aa 3 choices
3 pilihan warna untuk dipilih

3 warna ditawarkan untuk model ini iaitu All Black, Navy Blue dan Brown. Model ini hampir sold out dalam talian dan jika anda berminat, anda boleh membelinya di sini.

Tidak pasti sama ada model khas ini akan masuk pasaran Malaysia atau pun tidak tetapi diharap Vans akan ‘hidupkan kembali’ model cantik ini untuk pasaran global.

Bulan hadapan, Vans akan melancarkan koleksi global rasmi mereka bersama artis dari Kuala Pilah, Kide Baharudin. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Klasik Dan Elegan, Dapatkan Koleksi Edisi Terhad Lofarclutch Oleh Sometime by Asian Designers

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ