Koleksi edisi khas antara Vans x NASA sah masuk pasaran Malaysia dan akan mula dijual esok! Koleksi ini adalah bagi meraikan kejayaan 60 tahun pengembaraan kapal Space Voyager NASA menyusuri alam semesta.

Diinspirasikan daripada suit rasmi angkasawan NASA, koleksi Space Voyager ini akan mempamerkan rekaan unik pakaian angkasawan antaranya patches dengan tulisan Space Voyager serta foam terdedah yang memberi lebih ilusi seperti anda menyarung space boots yang sebenar.

Koleksi ini turut akan hadir dengan kasut untuk kanak-kanak, pakaian dan juga beg. Model Sk8-Hi MTE dan Old Skool akan hadir dengan beberapa pilihan warna antaranya hitam, putih dan juga orange.

Jangan terlepas peluang untuk membeli koleksi ini kerana kami sudah melihat kasut ini secara berdepan dan kualitinya memang terbaik! Model Old Skool akan dijual pada harga RM379 Manakala model Sk8-Hi MTE dijual pada harga RM429.

Koleksi ini akan dijual di butik Vans serata Malaysia (Vans Mid Valley, Vans Sunway Pyramid, Vans Pavilion, Vans KLCC, Vans Setia City Mall, Vans Genting Sky Avenue, Vans City Square, Vans East Coast Mall, Vans Queensbay Mall & Vans Viva City Mall) dan beberapa butik eksklusif yang lain.

Nasa 2

Nasa 3

nasa 4

nasa 5

nasa 6

nasa 7

nasa 8

Nasa 9

Nasa 10

Nasa 11