Kolaborasi Vans bersama Taka Hayashi sentiasa tidak akan mengecewakan. Taka menghidupkan kembali model kasut Vans ini, Serio yang merupakan kasut model running yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1980an. Model ini kini dibangkitkan kembali oleh Taka dengan nama Buffalo Trail LX.

Buffalo Trail LX yang dikeluarkan untuk pasaran ‘Vans Vault’ ini menggunakan kulit berkualiti tinggi, suede, pelapik kulit dan tapak Vibram. Design kasut ini mengingatkan saya kepada model kasut Visvim.

IMG_20200320_123528_287
HYPE
7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu
Baca lagi →

Kasut ini adalah Vans yang sesuai untuk anda guna untuk pergi meeting di mana anda akan nampak kemas dan cool. Model Buffalo Trail LX ini akan dikeluarkan di semua pengedar Vans Vault di seluruh dunia. Tiada pengedar Vans Vault di Malaysia, tetapi anda mungkin boleh beli di laman End Clothing.

Vans Buffalo 2

Vans Buffalo 3

Vans Buffalo

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka