Bagi peminat warna hitam, berita ini pasti mengujakan anda. Ada warna hitam yang baru dan ia dinamakan Vantablack. Cool kan?

Syarikat dari Britain, Surrey Nanosystems mencipta material ini pada tahun 2014. Jadi macam mana mereka cipta Vantablack ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Perbandingan warna Vantablack dengan warna hitam biasa
Perbandingan warna Vantablack dengan warna hitam biasa

Vantablack adalah material di mana nanotube karbon yang sangat nipis (lebih nipis dari rambut manusia) digabung dengan sangat rapat dan menyebabkan cahaya terperangkat di dalamnya. Pergh, hebat. Dikatakan Vantablack ini menyerap hampir 99.96% cahaya yang dihalakan kepadanya.

Tetapi Surrey Nanosystems tidak berpuas hati dengan Vantablack. mereka kini dalam usaha membuat material baru yang lebih pekat dari Vantablack. Material baru ini telah diuji dan spectrometers (mesin yang mengesan cahaya) tidak dapat mengesan kepekatan warna material itu.

Vantablack bukanlah warna dan kemungkinan ianya tidak tahan lama. Surrey Nanosystems sedang dalam usaha untuk menambah baik Vantablack supaya ianya boleh digunakan dalam pelbagai industri. Antaranya menggunakan Vantablack ini dalam sistem kamera NASA supaya NASA dapat merakam gambar angkasa lepas dengan lebih baik.

Hebat material Vantablack ini. Boleh lihat video di atas. Syarikat ini sedang dalam usaha menghasilkan Vantablack 2.0. Walaupun lazer, tidak dapat menembusi Vantablack. Vantablack is the new black!

"Darker than the Dark Side? Vader Aprroves. "Heavy breathing*
“Darker than the Dark Side? Vader Aprroves. ” *Heavy breathing*
Sumber