Sebelum ini, peraturan larangan merokok di semua premis makanan akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan hanya melibatkan rokok dan tidak melibatkan vape dan shisha. Akan tetapi, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, rokok elektronik (vape) dan shisha yang mengandungi nikotin juga akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok.

Menurutnya, larangan merokok di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 membabitkan rokok dan semua hasil tembakau yang mempunyai nikotin termasuk shisha dan vape. Berikutan itu, jika shisha dan vape mempunyai nikotin, maka peraturan tersebut akan tertakluk dan jika tiada nikotin ianya sebaliknya.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Buat pengetahuan anda, peraturan larangan merokok ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2019, di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Malah, bagi perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 atau dipenjari tidak melebihi dua tahun.

Walau bagaimana pun, penguatkuasaan peraturan yang membabitkan vape dan shisha masih dalam peringkat perbincangan.

Anda Mungkin Suka