Kerajaan semakin memandang serius perkara berkaitan isu rokok buktinya baru-baru ini kerajaan mengeluarkan pengumuman larangan merokok di 23 kawasan tumpuan umum termasuklah di luar premis makanan. Bukan itu sahaja, penutupan ruang merokok di Parlimen menunjukkan pihak kerajaan memandang serius usaha ini.

kawasan larangan merokok

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye pihaknya kini sedang merangka peraturan baharu yang akan digunakan untuk mengawal penjualan ketiga-tiga bahan tersebut. Difahamkan ketika ini tedapat dua undang-undang sedia ada mengenai vape dibawah Akta Racun dan Peraturan Kawalan Tembakau di Bawah Akta Makanan.

Beliau percaya dengan usaha ini jualan dan penggunaan bahan-bahan ini dapat dikawal. Tambah beliau setakat ini Kementrian Kesihatan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai untuk menggunakan vape yang tidak mengandungi nikotin. Namun, pihaknya mempunyai kuasa jika mendapati orang ramai menggunakan vape bernikotin.

Pihak kerajaan memandang serius perkara ini demi memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada pada tahap optimum lebih-lebih lagi dari segi kesihatan kardiovaskular.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →