The Holy See of Vatican sedang menyiasat kejadian yang berlaku di akaun Instagram rasmi Pope Francis. Ia berikutan laporan mengenai pemimpin Katolik dunia itu telah didakwa ‘like’ salah satu gambar model berbikini dari Brazil, Natalia Garibotto.

Pihak gereja yakin bahawa admin yang bertanggungjawab menjaga akaun Pope Francais tidak bertanggungjawab. Manakala sumber Vatikan menyatakan bahawa terdapat tiga orang yang menjaga akaun Instagram pemimpin Katolik dunia terbabit. “Kami sekarang menjalankan siasatan dalaman,” katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jurucakap Vatikan, ketika ditemuramah oleh The Guardian menyatakan bahawa Pope Francis tidak memiliki telefon bimbit sendiri dan bahawa admin akaun Instagramnya tidak melakukan kecuaian yang memalukan.

Hasilnya, Holy See kini meminta Instagram untuk menjalankan siasatan. “Kami berpendapat bahawa Instagram sekarang perlu mengetahui kenapa ini boleh berlaku.”

Akaun Pope Francis, di bawah nama pengguna @franciscus, kini mempunyai 7.4 juta pengikut dan tidak mengikuti sebarang akaun.

Dalam ciapan di Twitter setelah menyedari fotonya disukai oleh Pope, Garibotto mengatakan bahawa dia bangga. “Paling tidak saya berpeluang naik ke syurga,” katanya.

Terdahulu, Pope Francis dikatakan memiliki sebuah kereta Lamborghini Huraćan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pope Francis Kini Memiliki Sebuah Lamborghini Huracán

Kenapa Angka Kematian Wabak COVID-19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

Pemimpin Islam, Yahudi Dan Kristian Berkumpul Di Jerusalem, Doa Dunia Pulih Daripada COVID-19