Sekiranya sebelum ini Proton Perdana dan Toyota Camry menjadi pilihan pihak kerajaan, berbeza dengan kerajaan baharu ini yang memilih Toyota Vellfire dan Honda Accord sebagai kenderaan rasmi menteri dan pegawai tinggi.

Berdasarkan laporan daripada Malay Mail, dilaporkan pihak kerajaan memerlukan sebanyak 32 unit Toyota Vellfire yang ditawarkan secara kontrak untuk kegunaan para menteri dan pegawai-pegawai tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
maxresdefault (1)
Sumber: Cars Overview

Selain Toyota Vellfire, pihak kerajaan juga bakal menyediakan sebanyak 3,000 Honda Accord untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan. Kenderaan-kenderaan ini juga bakal digantikan setiap empat tahun sejak mula digunakan.

Pihak kerajaan juga bercadang untuk menggunakan kenderaan daripada jenama tempatan iaitu Proton Persona dan Saga sebanyak 8,000 unit untuk kegunaan jabatan-jabatan kerajaan.

Proton Saga 45 Front_Hires RGB
Sumber: Careta

Dilaporkan kontrak kenderaan ini bakal dibuka kepada semua syarikat selepas kontrak 25 tahun bersama Spanco tamat pada hujung tahun ini. Kontrak baharu yang bakal dibuka ini bakal menelan belanja sebanyak RM300 juta setahun membabitkan 12,500 unit kenderaan selama 15 tahun.

Nampaknya kita akan melihat lebih banyak unit kenderaan-kenderaan rasmi pihak kerajaan yang baharu menghiasi jalan raya tidak lama lagi melalui pelan terbaru daripada pihak kerajaan ini.

Di UK, Proton Saga yang mula ditawarkan pada tahun 1989 masih lagi mendapat pujian pemilik selepas hampir tiga dekad. Selain itu, Kedai Mesra Petronas kini tampil dengan pembaharuan yang lebih fresh buat para pengunjung. 

Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga

Kedai Mesra Petronas Kini Tampil Dengan Pembaharuan Lebih ‘Fresh’

Sumber