Setiap kali ingin melancong ke luar negara, pasti rata-rata daripada anda akan membawa beberapa makanan dari Malaysia seperti mee segera dan juga produk Brahim.

Tipulah kalau tidak membawa makanan dari Malaysia walaupun sedikit kerana anda takut susah untuk mencari kedai halal dan mungkin masakan di sana tidak kena dengan selera anda. Berita ini pasti akan membuat anda teruja, lagi-lagi yang sering risau tentang makanan dan gemar ke Jepun.

Anda pasti tahu bahawa di setiap lorong, penjuru dan ceruk terdapat vending machine dan ia merupakan antara budaya unik masyarakat Jepun. Terbaharu menerusi Japan Muslim Guide mengatakan bahawa makanan segera dari Malaysia iaitu produk Brahim’s, mee segera dan snek akan dijual dalam vending machine.

Jika anda ingin melancong ke Jepun selepas ini, anda sudah tidak perlu lagi packing produk Brahim’s dan dapat jimat ruang bagasi anda. Beli sahaja di Jepun kerana lebih mudah.

Ini pastinya satu perkara yang baik buat kaki travel di luar sana dan pastinya membuat ramai orang berasa teruja. Produk Brahim’s ini kini dilihat berjaya menembusi pasaran di Jepun dan cukup membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Difahamkan sekarang AirAsia sedang membuat promosi tiket besar-besaran. Apa kata lihat harga tiket ke Jepun? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Promosi 6 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi Bermula 4 November 2019

5 Sebab Mengapa Terdapat Banyak ‘Vending Machine’ Di Jepun

Ini Kad Dengan Tukaran Wang Asing Terbaik Yang Anda Perlu Ada Sekiranya Ke Jepun