Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Volkswagen Group merupakan syarikat automotif terbesar yang memegang saham beberapa buah syarikat kenderaan ternama antaranya Bugatti, Lamborghini, Porsche, Audi, Scania dan juga Ducati.

Baru-baru ini, CNN Business melaporkan syarikat Volkswagen (VW) dan Audi elah digodam dan sebanyak 3.3 juta data maklumat pelanggan mereka telah tertiris. Antara maklumat peribadi yang terdedah ialah nombor telefon, emel, alamat surat menyurat dan nombor lesen memandu pelanggan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Volkswagen USA, maklumat yang terdedah merupakan data yang diambil daripada pelanggan sedia ada Audi dan VW serta pelanggan yang berminat untuk memiliki kenderaan dari jenama terbabit.

Rata-rata maklumat yang diambil merupakan pelanggan dari Amerika Syarikat dan Kanada seperti berikut — 3.1 juta (Amerika Syarikat) dan 163,000 (Kanada) pelanggan atau bakal pelanggan Audi, serta 3,300 pelanggan atau bakal pelanggan Volkswagen di Amerika Syarikat.

Pihak syarikat VW telah menghubungi 90,000 pelanggan Audi dari Amerika Syarikat untuk menawarkan perlindungan kredit percuma kepada mangsa yang terjejas akibat maklumat peribadi mereka digodam.

Menurut laporan portal Automotive News Europe, data-data sejak tahun 2014-2019 telah digodam daripada vendor luar yang digunakan oleh syarikat VW dan Audi serta pengedar mereka yang berada di Amerika Syarikat dan Kanada.

Vendor tersebut didapati telah menyimpan data-data pelanggan di dalam fail yang ‘tidak dilindungi’ selama hampir dua tahun antara Ogos 2019 hingga Mei 2020. Data-data tersebut merupakan maklumat pelanggan yang digunakan untuk tujuan pemasaran syarikat VW dan Audi.

“Kami berasa serba salah atas ketidakselesaan yang wujud kepada pelanggan atau bakal pelanggan kami. Seperti biasa, kami mengesyorkan agar individu sentiasa berwaspada sekiranya menerima emel yang mencurigakan.

“Atau sebarang medium komunikasi lain yang memungkinan pihak pengodam akan meminta maklumat mengenai peribadi atau kenderaan.” kata VW USA dalam satu kenyataan dibuat.

Pada bulan April lalu, Volkswagen telah diselar kerana jenaka ‘April Fool’ mereka telah mencalarkan imej agensi media antarabangsa.

Volkswagen Mohon Maaf Setelah Ditemplak Kerana ‘Menukar Nama’ Sebagai Jenaka April Fool

Tonton ‘Tribute’ Volkswagen Sempena Model Beetle Yang Ditamatkan Pengeluaran

Anda Mungkin Suka