Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita sering dengar rider foodpanda kena ‘prank’ atau scam pesanan, bukan? Bagaimana pula jika ibu pejabat dan vendor yang kena ‘scam’ dengan rider foodpanda, pernahkah anda mendengar isu ini?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @khuzaimie_lemat1.0 telah berkongsi video pendedahan ‘scam’ pesanan yang dilakukan oleh segelintir rider foodpanda sehingga menyebabkan vendor menanggung kerugian.

@khuzaimie_lemat1.0

Harap pihak Foodpanda ambil berat tentang kes ini,ramai yang tahu tapi ramai tutup mata perkara ini #fyp #foryoupage #fypシ #foodpanda

♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA – CEO OF FOODPANDA

Menurutnya, scam duit tepi oleh rider foodpanda ini berlaku sekiranya pelanggan mahu membuat bayaran secara tunai (cash on delivery). Apabila menerima bayaran, rider berkenaan akan ‘menasihati’ pelanggan untuk tidak mengangkat panggilan daripada foodpanda sekiranya menerima panggilan.

Ini kerana, rider foodpanda tersebut telah memberitahu ibu pejabat bahawa pelanggan tidak dapat dihubungi lalu pihak ibu pejabat akan menghubungi pelanggan untuk mendapatkan kepastian dan jika pelanggan tidak mengangkat telefon maka pesanan itu dikira dibatalkan.

Apabila pesanan dibatalkan, wang dibayar pelanggan disimpan oleh rider itu dan pihak vendorlah yang mengalami kerugian kerana pihak foodpanda hanya memberi pelindungan sebanyak 40% sahaja daripada pesanan yang dibatalkan. Tambahnya, isu ini telah banyak kali berlaku dan ada juga pihak vendor sudah tahu akan taktik ‘kotor’ yang dilakukan oleh segelintir rider foodpanda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan pendedahan tersebut dan mengatakan tidak wajar tindakan dilakukan oleh segelintir rider foodpanda yang mahu mencari duit lebih tetapi menyusahkan orang lain.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi seseorang yang dekat diri mereka melakukan hal tersebut dan telah menasihati mereka agar tidak melakukan lagi perkara itu. Berdasarkan komen, benda ini sudah lama berlaku. Akan tetapi, masih ramai rider yang jujur untuk cari rezeki halal dan hanya segelintir yang mahu kaut untung dengan zalimi vendor.

Tahukah anda bahawa ada rider foodpanda di ‘prank’ hantar pesanan ke alamat yang sama? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

16 Rider FoodPanda Kena ‘Prank’, Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Angkara Curi-Curi Makan Dalam Kedai, Rider foodpanda Ini Dimaki Dan Dihalau Pemilik Premis

Bateriku Dan 15 Rider FoodPanda Jadi Mangsa, Kena ‘Prank’ Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Anda Mungkin Suka