Sukan Olimpik Rio adalah edisi paling diingati oleh rakyat Malaysia kerana skuad negara berjaya merangkul 5 pingat; 4 perak dan 1 gangsa. Dan misi untuk mencari pingat emas negara kini akan diteruskan di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Baru 6 bulan selepas sukan Olimpik Rio, kebanyakkan venue dan stadium yang digunakan di sukan olimpik kini hanya tinggal kenangan. Hampir setiap venue kini tidak diselenggara dan dibiarkan sahaja tidak digunakan kembali untuk apa-apa acara sukan. Anda boleh lihat stadium untuk acara renang airnya sudah bertukar warna dari warna biru ke kuning kerana tidak dijaga.

Paling terkesan adalah stadium Maracana yang menjadi venue untuk acara bola sepak kini dibiarkan sahaja rumputnya mati dan fasiliti di sekelilingnya ditutup dari dimasuki orang awam. Dari 78 ribu kerusi yang berada di stadium, lebih 10% kerusi telah dirosakkan manakala tingkap dipecahkan dan wayar tembaga di dalam stadium pula dicuri. Stadium Macarena ibarat retak menunggu belah pada ketika ini.

Stadium velodrome tempat di mana Azizulhasni beraksi juga telah ditutup; begitu juga dengan gelanggang tenis dan padang acara golf. Semua ini terjadi disebabkan faktor kegawatan ekonomi yang sedang terjadi di Brazil. Bagi mereka, sukan Rio sepatutnya menjadi titik mula untuk mengembalikan keseimbangan ekonomi di Brazil tetapi ianya tidak berlaku seperti yang diharapkan.

“Kami sebenarnya telah terjejas tetapi disebabkan Olimpik, kami jatuh lebih terus lagi. Semua orang sedang menderita ketika ini. Tahukah anda lebih 80 ribu penduduk miskin dan homeless dipindahkan dari perkarangan venue Olimpik? Kini situasi mereka adalah lebih buruk, bukan bertambah baik,” kata Theresa Williamson, wakil Catalytic Communities, sebuah NGO untuk penduduk di Rio.

Tanpa perancangan yang teliti, perkara seperti ini akan berlaku. Kes ini tidak berlaku ketika Olimpik London 2012 kerana penduduk di London fully utilize setiap venue selepas berakhirnya Olimpik. Kesian juga kerana kebanyakkan venue ini kini hanyalah projek gajah putih yang tidak mendatangkan pulangan kepada rakyat.

Sumber