Jenama pakaian mewah terkenal, Versace baharu sahaja memperkenalkan jubah mandi edisi ‘I Love Baroque’ dengan rekaan yang lebih ringkas namun masih mengekalkan ciri kemewahan. Jubah mandi edisi ini sesuai digayakan ketika bersantai pada hujung minggu.

Kali ini, Versace menampilkan 3 warna yang sinonim dengan kemewahan iaitu emas, putih dan biru gelap. Rekaan edisi ‘I Love Baroque’ ini diinspirasikan daripada rekaan bangunan Eropah pada abad ke-17 yang ditampilkan pada kemasan di bahagian lengan dan pinggang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

versace-i-love-baroque-bathrobes-2

versace-i-love-baroque-bathrobes-3

versace-i-love-baroque-bathrobes-1

Untuk memadankan identiti kemewahan yang ditampilkan pada jubah ini, material yang digunakan diperbuat daripada kapas loop-back lembut dan logo pada lengan untuk lebih menonjolkan ciri eksklusif. Jubah mandi ini boleh didapati dengan harga serendah $414 (~RM1,690) sahaja.