Semalam telah berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34. Acara gilang-gemilang ini turut menyaksikan Janna Nick diisytihar sebagai Bintang Paling Popular. Sementara itu, beberapa nama baharu turut berjaya memenangi anugerah daripada kategori berbeza.

Menerusi acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini turut menyaksikan para artis memperagakan fesyen pakaian mereka. Antara yang mencuri perhatian ramai sudah pastinya Aina Abdul yang hadir dengan pakaian serba hitam beserta bunga besar yang memenuhi ruang kepala.

Janna Nick selaku Bintang Paling Popular hadir dengan memperagakan pakaian yang berkilau sekaligus membuatkan si pemakainya tampak elegen dan bergaya. Pemenang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular iaitu Siti Saleha tampil dengan pakaian gaun berwarna merah jambu yang tampak ringkas namun masih penuh dengan gaya.

Ben Amir sebagai pemenang Pelakon TV Lelaki Paling Popular pula tampil dengan pakaian yang unik dan bergaya beserta tas tangan daripada jenama Louis Vuitton.

Pasangan penuh gaya iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya seperti yang disangka ramai, tampil dengan imej unik di mana Awal Ashaari menggayakan pakaian sepersalinan daripada jenama Louis Vuitton manakala Scha Alyahya pula menggabungkan gaun hitam bersama jaket oversize.

Secara keseluruhan, para artis masing-masing tampil dengan pakaian penuh gaya tanpa mengabaikan faktor prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian dengan tema ABPBH iaitu #KITABERSAMA.

Buat anda yang berminat dengan fesyen serta mahu mengetahui lebih lanjut pakaian yang digayakan para artis pada ABPBH dengan lebih lanjut, anda boleh klik di sini untuk ke laman Instagram Vocket Style.

Pakaian yang digayakan oleh Aina Abdul nampaknya turut dilabel para netizen sebagai ‘mangsa fesyen’. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Dilabel ‘Mangsa Fesyen’, Pakaian Aina Abdul Di ABPBH 34 Curi Tumpuan Netizen

Dituduh Guna Steroid Untuk Bina Otot, Kim Jong Kook Tampil Jelaskan Perkara Sebenar