Sebuah lagi filem tempatan, One Two Jaga akan bersiaran di Netflix Disember ini. Filem arahan nam Ron ini baru-baru ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018.

One Two Jaga mengisahkan sisi gelap dunia kepolisan yang menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk mengambil rasuah supaya penjenayah dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Menurut laman Movie Dash, versi tanpa suntingan Lembaga Penapis Filem (LPF) akan ditayangkan di Netflix dan akan mempunyai penamat yang berbeza daripada versi yang ditayangkan di pawagam.

Crossroads: One, Two, Guard adalah nama filem ini untuk pasaran luar negara dan mendapat sambutan luar biasa oleh penonton luar negara walaupun kurang mendapat sambutan di negara sendiri. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di Netflix bermula 6 Disember depan.

Anda Mungkin Suka