Sempena meraikan pengenalan pertama Primavera pada tahun 1960, Naza Premira telah melancarkan Edisi ulang tahun ke-50 Primavera yang dikeluarkan khas oleh Piaggio.

Primavera  merupakan sebuah model legenda dan sangat berjaya dalam sejarah Vespa yang dihasilkan sesuai dengan personaliti muda, inovatif, selamat dan mesra alam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Vespa ini dikuasakan oleh enjin 150cc dengan enjin empat lejang terkini Vespa yang menjanjikan prestasi dan penjimatan bahan api yang terbaik.

Edisi terbaru Primavera ini mempunyai ciri baharu yang ada padanya iaitu kemasan krom pada magdad hadapan dan rim aloi lima jejari bersaiz 12 inci dan merupakan rim paling besar dalam sejarah Vespa.

Model ini juga mempunyai teknologi LED pada lampu hadapan dan belakang untuk tunggangan lebih selamat. Dalam masa yang sama, model ini didatangkan dengan dua warna iaitu biru dan coklat matte yang baru serta logo pada bahagian belakangnya yang boleh menyerlahkan lagi model Vespa tersebut.

Vespa-Primavera-50th-Anniversary-Edition-mekanika2-523×640 Vespa-Primavera-50th-Anniversary-Edition-mekanika1-519×640

Kepada penggemar model Vespa, anda boleh dapatinya dengan kadar harga yang lumayan kerana Edisi Ulangtahun ke-50 Primavera ini menawarkan harga yang bermula dari RM16 300 se unit, tidak termasuk dengan insurans.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.