Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sedang mencari kerusi Pejabat dan anda peminat setia Vespa? Syarikat Bel & Bel mencipta kerusi yang cool daripada Vespa terpakai dan hasilnya ialah Scooter Chairs.

Syarikat rekaan dari Bacelona ini ditubuhkan oleh dua pereka bernama Carles Bel Dan Jesus Bel. Kerusi ini dibuat daripada kulit tiruan dan menariknya, lampu signal Vespa yang asal boleh berfungsi seperti biasa!

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Kerusi ini didatangkan dengan pelbagai warna tetapi ianya dicipta dalam kuantiti yang sangat terhad. Jika anda mahu satu kerusi yang matching dengan Vespa kesayangan anda, boleh cepat-cepat buat tempahan. Salah satu kerusi ini sudah pun berada di Piaggio Museum di Italy.

Tak tahu nak rasa gembira atau sedih kerana mereka membuat kerusi ini daripada badan Vespa yang original. Kurang beberapa buah Vespa di jalan raya. Tapi bestnya anda boleh bawa ‘Vespa’ pusing-pusing dalam office anda. Boleh buat boss anda jealous sebab kerusi anda sangat cool.

vespa-chair-scooter-bel-bel-4

vespa-chair-scooter-bel-bel-5

vespa-chair-scooter-bel-bel-28

vespa-chair-scooter-bel-bel-30

vespa-chair-scooter-bel-bel-32

vespa-chair-scooter-bel-bel-35

vespa-chair-scooter-bel-bel-37

vespa-chair-scooter-bel-bel-16

vespa-chair-scooter-bel-bel-17

Anda Mungkin Suka