Siapa sangka, bermula sebagai seorang thrifter, nama Sean Wotherspoon terus melonjak naik selepas rekaan kasut beliau berjaya dipilih Nike sempena Air Max Day pada tahun 2018 dan kini, beliau telah menjadi rebutan jenama-jenama besar untuk berkolaborasi.

Terbaharu, selepas berjaya berkolaborasi bersama Nike dan Asics, Sean Wotherspoon pada kali ini telah bekerjasama dengan Vespa dalam menghasilkan Vespa Primavera dengan gabungan warna yang unik.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

View this post on Instagram

❤️🛵

A post shared by Sean Wotherspoon (@sean_wotherspoon) on

View this post on Instagram

The eagle has landed! @vespa SW 🌊

A post shared by Sean Wotherspoon (@sean_wotherspoon) on

118613833_2856734161094789_2995978083309207795_o

Apa yang lebih menarik, Vespa Primavera Sean Wotherspoon ini turut ditawarkan buat para peminat di Malaysia dimana sebanyak 27 unit sedia untuk dimiliki.

Difahamkan sebanyak tiga varian telah dikeluarkan Vespa bagi model ini dengan kapasiti enjin yang berbeza. Model yang memasuki pasaran Malaysia sedia ditawarkan hadir dengan enjin 150cc.

118610462_2856740637760808_732299824275894784_o

Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Vespa Planet, model kolaborasi ini sedia untuk dimiliki dengan harga sekitar RM24,960. Turut hadir bersama kolaborasi ini adalah T-shirt dan helmet yang ditawarkan dengan harga RM340 dan RM1,800.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sean Wotherspoon.

Kenali Sean Wotherspoon, Pereka Sneakers Nike Paling Hype Untuk 2018

Kisah Model Air Max 1 x Sean Wotherspoon Yang Tidak Akan Dijual Oleh Nike

 

Anda Mungkin Suka