Pada awal bulan lalu, nama Veveonah Mosibin menjadi trending di Malaysia selepas beliau yang popular dengan video menjawab ujian di atas pokok dalam mendapat capaian internet berjaya menarik perhatian ramai.

Nama beliau sekali lagi trending selepas terdapat ahli politik yang membuat dakwaan yang silap terhadap beliau di Dewan Negara sebelum pihak universiti beliau menafikannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc7cb8hvwzupd1ik5cyaf0
Sumber: The Star

Terbaharu, Veveonah dilaporkan telah diserang oleh keyboard warrior di YouTube dimana beliau telah dilabel sebagai anjing. Veveonah walau bagaimanapun dengan tenang telah meminta keyboard warrior untuk menghentikan buli siber.

Beberapa jam yang lalu, beliau yang mahu mencuba menjadi YouTuber sebelum ini telah memilih untuk memadam kesemua video beliau di YouTube.

Menurut laman Social Blade, beliau memilih untuk archive kesemua video beliau bermula 1 Oktober bagi mengelakkan daripada tontonan umum. Berdasarkan jumlah tontonan, beliau berjaya mengumpul lebih 3 juta tontonan sehingga 30 September lalu.

201002-youtube-veveonah-fall

Bukan sahaja beliau telah memilih untuk ‘menghilangkan’ video di YouTube, Veveonah juga telah memilih untuk archive kesemua gambar beliau di Instagram dimana laman Instagram beliau menunjukkan kosong gambar dikongsikan setakat ini.

Setakat ini masih belum dipastikan sebab di atas yang dibuat Veveonah. Walau bagaimanapun, kami mengharapkan beliau berada dalam keadaan yang baik.

Beberapa hari yang lalu, beliau telah menerima dibuli di YouTube dengan panggilan anjing. Beliau walau bagaimanapun, berjaya menjawab komen keyboard warrior dengan tenang.

Dipanggil Anjing Di YouTube, Veveonah Tenang Minta ‘Keyboard Warrior’ Hentikan Buli Siber

Nafi Dakwaan Menteri, UMS Sahkan Veveonah Sememangnya Mengambil Peperiksaan Dalam Talian

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Mohon Maaf Kepada Veveonah

Sumber