VF Corporation, syarikat induk kepada jenama hebat seperti Dickies, The North Face, Vans dan Timberland dilaporkan dalam fasa akhir mengambil alih jenama streetwear terkemuka Supreme.

Berdasarkan laporan WWD, VF Corporation menilai jenama Supreme pada harga USD2.1 bilion (+-RM8.64 bilion) dan mereka dijangka melengkapkan perjanjian tersebut sebelum berakhirnya 2020. Pelabur Supreme ketika ini, The Carlyle Group dan Goode Partners akan menjual pegangan mereka dalam jenama tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengasas Supreme, James Jebbia menyambut baik perkara ini. “Kami berbesar hati untuk menyertai VF, syarikat berkelas dunia di mana kami bekerjasama setiap tahun antaranya bersama The North Face, Vans dan Timberland. Kerjasama ini akan memberikan keunikan serta kebebasan untuk Supreme dan pada masa yang sama peluang untuk kami berkembang,” katanya.

Adakah Supreme akan ‘sell out’ selepas ini?

Penjualan Supreme kepada VF Corp menurut collector tegar Supreme, Eric Whiteback adalah satu keputusan yang tidak sepatutnya berlaku. Apa yang dirisaukan beliau adalah Supreme akan menjadi jenama streetwear yang lain; tidak lagi limited dan mudah didapati di mana-mana.

Disebabkan popularitinya, Ada kemungkinan jenama Supreme akan ‘diperah’ oleh VF Corporation untuk buat duit. Namun jika dipandang dari sisi lain, lebih banyak butik Supreme akan muncul selepas ini; kemungkinan wujud butik Supreme di Asia Tenggara dan Timur Tengah sebagai permulaan.

Mimpi ngeri ‘peminat setia’ Supreme adalah jika jenama kegemaran mereka ini masuk ke retail store biasa seperti Zumiez dan Amazon. Tetapi VF Corp pasti tidak mahu perkara itu berlaku bagi menjaga nilai eksklusif Supreme.

Ini beberapa artikel lain berkaitan Supreme. Klik pada pautan untuk membacanya.

Mengapa Barangan Supreme Sangat Mahal Dan Sentiasa ‘Sold Out’

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

Sumber