Siapa sempat lihat filem dalam format Video Home System (VHS)? Dahulunya memang mustahil untuk dapat tonton filem secara online dan harapan untuk lihat filem-filem hebat hanyalah melalui video tape.

Salah satu faktor yang akan menarik minat orang untuk menyewa atau membeli sesuatu filem adalah karya muka hadapan sesuatu filem. Bagi artis iamsteelberg, beliau menginterpretasikan bagaimana cover sesuatu filem Hollywood terkini sekiranya dikeluarkan dalam format VHS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasilnya memang sangat menakjubkan! Filem Logan, Deadpool, John Wick dan banyak lagi memang sangat teliti hasilnya. Siap ada efek used lagi untuk setiap filem. Bagi yang sempat alami era VHS ini, pasti akan appreciate karya Steelberg ini. Boleh terus ikuti beliau untuk lihat hasil karyanya pada filem-filem yang lain.

P/s: Baru faham maksud frasa Be Kind Rewind. Ianya perbuatan apabila kita sudah habis tonton sesuatu filem, kita tolong rewind kembali VHS supaya orang yang akan sewa filem ini kemudiannya dapat terus tonton filem. Cool info for today.