Bersempena dengan Hari Red Nose di Amerika Syarikat, Victoria Beckham memperkenalkan T-Shirt yang memaparkan gambar kelima-lima anggota Spice Girls. Difahamkan T-Shirt ini dijual untuk kebajikan.

Bahagian hadapan T-Shirt berkenaan memaparkan gambar hitam putih kelima-lima anggota Spice Girls yang ‘berhidung badut’ berwarna merah. Bahagian belakang pula dihiasi dengan tulisan besar nama setiap ahli kumpulan Spice Girls.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

spice-girls-Front

spice-girls-back

T-Shirt tersebut akan dijual dengan saiz daripada XS sehingga XXL dan boleh didapati dengan harga USD35. Keseluruhan keuntungan jualan baju ini akan digunakan untuk membantu kanak-kanak miskin.

Bagi peminat-peminat Spice Girls, anda boleh membeli T-Shirt tersebut di laman web Omaze.