Spice Girls semalam telah mengesahkan konsert jelajah mereka pada tahun hadapan hanya akan disertai oleh 4 orang ahli sahaja iaitu Geri Horner, Melanie Chisholm, Emma Bunton and Melanie Brown tanpa Posh Spice atau kini lebih dikenali sebagai Victoria Beckham.

Menerusi perkongsian Tweet itu, tiket untuk konsert jelajah itu sudah boleh didapati mulai Sabtu ini. Pada peringkat pertama ini Spice Girls akan mengadakan konsert di serata United Kingdom antaranya di Manchester Etihad Stadium dan London Wembley Stadium.

Meskipun tidak menyertai konsert jelajah kali ini, Victoria Beckham sempat mengucapkan tahniah melalui Instagramnya. Menurut Victoria, Spice Girls bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya dan mengharapkan ahli yang lain dapat menjalankan konsert sebaiknya.

Jika anda merancang untuk menyertai konsert jelajah tersebut, anda boleh layari laman web Ticketmaster. Lagu apa yang masih menjadi kegemaran anda sehingga kini?

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →