Nampaknya pelbagai jenama hebat bakal membuat jualan ‘gila’ bersempena jualan ‘Black Friday’ Jumaat ini. Buat peminat setia jenama Victoria’s Secret, siap sedia kerana sempena Black Friday ini, Victoria’s Secret ada tawaran ‘gila’ buat anda.

Gif VS

Khas untuk Black Friday pada Jumaat ini, Victoria’s Secret mahu belanja anda promo ‘Beli 2 Percuma 1’ untuk minyak wangi, body mist dan barangan lain (tidak termasuk lingerie) di semua cawangan Victoria’s Secret Beauty (tidak termasuk outlet di Johor Premium Outlets, Genting Premium Outlets dan IOI City Mall).

Buat peminat minyak wangi dan body mist Victoria’s Secret, inilah masa terbaik untuk anda beli stok minyak wangi kegemaran terus untuk tahun hadapan. Tawaran sebegini jarang dibuat dan hanya sempena Black Friday, memang Victoria’s Secret pemurah untuk beri anda dengan promo seperti ini.

Tidak cukup dengan itu, potongan harga 40% juga akan ditawarkan untuk lingerie sekiranya anda berminat untuk membeli lingerie ketika sale Black Friday nanti (untuk cawangan Victoria’s Secret di Mid Valley Megamall sahaja)! Memang gila-gila bukan sale mereka?

Jangan lupa untuk terjah cawangan Victoria’s Secret terdekat anda Jumaat ini. Disarankan untuk anda ke jualan Black Friday ini bersama BFF anda. Mana tahu anda rambang mata nanti, boleh BFF bantu anda untuk buat keputusan. Untuk maklumat lanjut tentang jualan Black Friday ini, boleh tekan di sini. Let’s go girls!

Apa sebenarnya Black Friday ini? Anda boleh baca tentangnya di bawah.

Apa Itu ‘Black Friday’ Dan Kenapa Ia Jarang Berlaku Di Malaysia