Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

L Brands, syarikat induk yang bertanggungjawab mengurus Victoria’s Secret telah menjual pegangan saham mereka sebanyak 55% kepada sebuah syarikat ekuiti persendirian, Sycamore Partners.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa, Sycamore Partners yang juga pemegang saham kepada Hot Topic, Nine West dan Aeropostale telah membeli Victoria’s Secret dengan harga RM2 bilion.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Kini, dilaporkan Leslie H. Wexner, CEO kepada L Brands telah meninggalkan posisinya selepas 57 tahun mengemudi syarikat tersebut dan mereka hanya ditinggalkan dengan rangkaian syarikat Bath & Body Works.

Wexner adalah individu yang bertanggungjawab mengasaskan L Brands pada tahun 1963 dan beliau membeli Victoria’s Secret dengan harga RM4 juta pada tahun 1982.

Persaingan yang kuat dari beberapa jenama besar telah menyukarkan Victoria’s Secret untuk bertahan lebih lama, manakala perubahan budaya dan gaya daripada pelanggan telah menuntut Victoria’s Secret untuk memikirkan jalan lain bagi kelangsungan perniagaan, lapor Yahoo Finance.

Victoria’s Secret juga telah menerima beberapa kritikan disebabkan kenyataan dan tingkah laku beberapa watak penting mereka, selain itu, mereka juga dilaporkan telah melakukan beberapa perubahan drastik.

Bekas ketua pegawai pemasaran, Ed Razek pernah menerima kritikan pada tahun 2018 selepas dia memberitahu kepada media bahawa pameran fesyen Victoria’s Secret tidak akan menampilkan model transeksual kerana baginya, ia adalah ‘fantasi’.

Pada bulan Mei 2019, Victoria’s Secret mengumumkan bahawa tidak lagi menyiarkan pameran fesyen tahunan di televisyen. Beberapa bulan selepas itu, Victoria Secret mengesahkan bahawa pertunjukan fesyen untuk tahun 2019 dibatalkan.

Acara pameran fesyen tersebut telah menjadi acara tahunan sejak tahun 2001 dan menampilkan persembahan selebriti terbaik dunia seperti Rihanna, Maroon 5 dan The Week.

Berikut adalah cerita lain mengenai Victoria’s Secret untuk bacaan lanjut.

Saham Pemilik Victoria’s Secret Jatuh 72% Dalam Masa 3 Tahun

Perempuan ‘Naik Hantu’ Di Jualan Murah Victoria Secret

Victoria’s Secret Buat Jualan ‘Gila’ Sempena Black Friday

Anda Mungkin Suka