Semalam tular satu perkongsian video ‘hand rub’ atau cara membasuh tangan dengan betul yang dikongsikan oleh seorang jururawat di laman media-media sosial di negara kita.

Walaupun hanya berdurasi selama satu minit sahaja, namun jururawat itu berjaya melakukan demonstrasi tujuh langkah untuk membasuh tangan dengan betul seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

hand

Sehingga artikel ini ditulis, video perkongsian untuk mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer itu sudah pun mendapat lebih 400,000 tontonan melalui satu perkongsian yang dibuat di Twitter.

Bagaimanapun, kami juga yakin video yang menerangkan cara-cara untuk membasuh tangan dengan betul itu juga turut dikongsikan di laman media sosial yang lain seperti Facebook.

Jadi kepada anda di luar sana yang masih belum mengetahui cara untuk menggunakan hand sanitizer dan sabun dengan betul, apa kata anda tonton video yang telah dikongsikan sejak semalam ini.

Hanya dengan tujuh langkah mudah, anda akan dapat mencuci tangan dengan betul dan mengelakkan daripada mendapatkan jangkitan kuman yang berbahaya terutama di musim COVID-19 sekarang.

Selamat mencuba!

Selain mencuci tangan dengan betul, orang ramai juga dinasihatkan untuk memakai topeng muka jika mengalami gejala demam dan batuk. Baca perkongsian kami sebelum ini tentang cara memakai topeng muka dengan betul.

Doktor Ini Jelaskan Cara Memakai ‘Face Mask’ Dengan Betul Mengikut Standard ‘WHO’

‘Rahsia’ Makanan Berusia 1,000 Tahun Lalu Kembali Popular Gara-Gara COVID-19

Indonesia Tidak Tahu Punca Kematian Pesakit Disebabkan COVID-19 Atau Penyakit Lain

Sumber