Sejak semalam, satu hantaran video menjadi bualan ramai apabila penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kelihatan berhibur di sebuah kelab malam.

Namun, pelakon Shahidan Izwan menerusi InstaStory miliknya menafikan kejadian tersebut dan mengatakan ia adalah fitnah dan apa yang tular sebenarnya hanyalah sesi penggambaran di set.

Difahamkan, Shahidan merupakan antara yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah. Dalam video yang dikongsinya, kedua-dua pelakon berkenaan sedang menjalani penggambaran sebuah drama di mana babak dilakonkan di dalam kelab malam.

Bahkan, dia menjelaskan air yang diminumkan oleh mereka berdua dalam video yang tular bukanlah arak dan hanya air berkarbonat perisa epal.

Dipercayai mereka sedang menjalankan penggambaran drama yang bertajuk ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang akan disiarkan kelak.

Sumber