Saat-saat yang dinantikan telah tiba, pastinya ramai ahli komuniti GoPro terutama sekali pengguna HERO8 Black + MAX di seluruh dunia ingin ketahui sama ada mereka bertuah atau tidak.

Bagi anda yang tidak tahu, GoPro telah tampil dengan cabaran video ‘Million Dollar’ dimana video terpilih dirakam menggunakan HERO8 Black + Max akan mendapat wang sebanyak $1 million (~RM4,085,361.02) dikongsikan sama rata antara semua pemenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada cabaran kali ini, dapat dilihat dalam video tersebut dimana 56 video terpilih menampilkan 45 pencipta mewakili 17 negara. Penyertaan yang diterima boleh dikatakan lebih banyak daripada penyertaan pada tahun lalu dimana terdapat lebih kurang 42,000 video pernyertaan daripada pencipta di 104 negara.

Menariknya, antara pemenang cabaran ‘One Million’ ini adalah rakyat Malaysia iaitu Baki Zainal. Rasanya ramai yang mengenali Baki Zainal iaitu seorang pengacara yang serba boleh. Melalui video tersebut, dapat dilihat Baki Zainal sedang teruja bermain gelongsor air di Escape, Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, pemenang akan mendapat $22,222 (~RM90,800.94) setiap orang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Pasti ada daripada anda yang rasa teruja dan ingin mencuba cabaran ini, bukan? Anda mungkin boleh cuba pada tahun hadapan jika cabaran ini diteruskan dan andai bertuah akan dapat menangi hadiah wang tunai tersebut.

Selain itu, terdapat pelbagai pertandingan mengambil gambar yang dianjurkan setiap tahun. Jadi, apa kata baca artikel tentang pertandingan tersebut pada pautan di bawah.

Lihat Senarai Pemenang Untuk Pertandingan ‘World Press Photo 2019’

Apple Umum Pemenang Pertandingan Shot On iPhone

9 Tip Ambil Gambar Dengan Kamera ‘Smartphone’ Anda Untuk Hasil Seperti DSLR

Sumber