Sedar dengan keadaan COVID-19 ketika ini, pelakon Rosyam Nor tampil dengan cara tersendiri bagi mengelakkan rumah ibunya di kampung menjadi tumpuan sanak saudara setibanya hari raya nanti.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di Instagram, beliau memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan banner bersaiz besar yang dipasang di hadapan rumah dengan ucapan selamat hari raya dan mesej keluarga mereka tidak akan menerima tetamu hari raya ini.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

View this post on Instagram

“VIDEO CALL AJE” ya MAK 😭😭 Tapi Mak aku tunjuk 👍 Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM. Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni. Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang. Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu,anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang. Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Menurut Rosyam, langkah itu dibuat memandangkan usia ibunya yang kini sudah mencecah 80 tahun di samping menyahut arahan kerajaan dan kementerian kesihatan.

Malah jelasnya, beliau dan adik beradik yang tinggal berhampiran di Kuala Lumpur juga mengambil keputusan untuk tidak pulang beraya kali ini walaupun rumahnya hanya memakan masa 10 minit perjalanan sahaja ke rumah ibunya.

“Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni.

“Sebab gantung banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang,” jelasnya.

Tambah Rosyam lagi, langkah itu juga dibuat memandangkan rumah emaknya di kampung itu akan menjadi tumpuan sanak saudara yang ada ketikanya mencecah sehingga ratusan orang.

Ini katanya kerana dalam keluarga sebelah ibunya, hanya emaknya sahaja yang masih hidup sekaligus menjadi tumpuan anak cucu untuk datang bertandang.

“Maafkan kami sekeluarga, untuk kebaikan bersama.

“InshaAllah ada umur tahun depan kita raya sakan okey,” pesan Rosyam di Instagramnya.

Tonton iklan raya Petronas tahun ini yang tampil penuh berbeza dengan tahun sebelum ini di pautan di bawah. 

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik

Tular Poket Dijahit Terbalik, Ini Rupanya Kisah Lucu Di Sebalik ‘Baju Raya PKP Style Baru’

Lihat Iklan Raya Muslim.Sg ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ Tahun Ini Yang Pasti Buat Anda Sebak

Anda Mungkin Suka