Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah video yang sangat mendebarkan apabila terlihat para pekerja terpaksa lari menyelamatkan nyawa mereka daripada ditelan air. Difahamkan projek empangan Nam Ao yang mula dibina pada 2015 masih lagi dalam proses pembinaan apabila kejadian ini berlaku. Hujan yang turun dengan lebat antara yang menjadi punca empangan ini mengalami masalah seterusnya pecah. Berdasarkan laporan terbaru daripada Vietiane Times, tiada mangsa yang mengalami kecederaan atau kematian di dalam kejadian yang menggemparkan ramai ini.