Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Terbayangkan surat khabar di dalam filem Harry Potter apabila melihat ciri terbaru Facebook untuk Profil pengguna. Gambar tidak statik tapi bergerak-gerak seperti ini:

Ciri itu juga berfungsi apabila melayari Facebook melalui telefon mobil. Bukan itu sahaja, Facebook telah melakukan tiga peningkatan utama untuk Profil Facebook yang akan memberikan pengguna satu pengalaman yang lebih baik berbanding sebelum ini.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Perkara ini telah didedahkan oleh Pengurus Produk Facebook, Aigerim Shorman and Tony Hsieh.

1. Gambar Profil Video

R5VJbZ9

Pengguna Facebook boleh buat filem pendek beberapa saat atau buat klip video ‘looping’ sebagai gambar profil. Ia akan dimainkan apabila sesiapa sahaja melawat laman profil Facebook. Cool! Ini bermakna gambar profil tidak lagi memaparkan gambar statik. Maka, pasti ramai pengguna Facebook akan mengekspresikan diri mereka dengan ciri Facebook terbaru ini.

2. Penetapan Masa Tertentu

Lagi satu ciri terbaru adalah pengguna berpeluang menetapkan jangka masa bagi gambar profil. Ini berguna sekiranya pengguna mahu kongsi momen atau gerakan yang membawa mesej melalui paparan gambar profil seperti berkabung, acara sukan, program, hari sambutan dan lain-lain lagi. Ini menggalakkan perpaduan bagi mereka yang mendukung mesej yang sama di dalam jangka masa tertentu. Selepas melepasi jangka masa yang ditetapkan, gambar profil akan kembali kepada gambar asal secara automatik.

3. Penambahbaikan Kawalan Ke Atas Profil

Pengguna boleh kawal apa yang mahu dipaparkan di Profil kepada orang ramai seperti 100 huruf untuk ‘Bio’, dan memilih info About yang mahu dirasakan penting untuk diketengahkan.

4. Highlight Gambar Kegemaran Anda Di Profil

Selama ini gambar yang terpapar di bahagian Profil adalah bersifat rawak. Kini, pengguna boleh menetapkan sehingga 5 gambar sebagai Featured Photos.

5. Rekabentuk Profil Facebook Di Telefon Mobil

Kumpulan Facebook telah menambahbaik susun atur profil dan meningkatkan interaksi secara visual antara pengguna dan rakan-rakan mereka kerana orang lebih suka melihat visual yang menarik semasa melayari profil seseorang.

Semua ciri-ciri ini di dalam peringkat ujian. Sejumlah kecil pengguna iPhone di United Kingdom dan California, Amerika berpeluang menggunakan ciri-ciri terbaru Facebook ini. Pihak Facebook percaya penambahbaikan ini akan membuatkan orang mahu terus berhubung dan berkongsi sesama mereka. Yang penting, pengguna dapat mengekspresikan diri mereka dengan cara yang lebih bermakna!

Apa pendapat anda dengan ciri-ciri terbaru Facebook ini?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka