Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini, Penjara Alor Setar di Kedah merupakan salah satu premis atau pun kawasan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan berlaku penularan dalam kalangan penghuni di sana.

Arahan berkenaan yang asalanya bermula sejak 5 sehingga 18 Oktober itu kemudiannya disambung selama dua minggu lagi sebelum ditamatkan oleh pihak berkuasa pada 2 November lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan melalui arahan PKPD ini selain kejayaan mereka menamatkan penularan wabak berkenaan adalah  video perpisahan antara penghuni penjara dengan kakitangan kesihatan yang menjaga mereka sebelum ini ketika perintah berkenaan berlangsung.

Video pendek berdurasi hampir seminit yang memaparkan detik-detik sayu petugas kesihatan meninggalkan penjara berkenaan sambil diiringi lagu Doa Wira Negara oleh Harry mula tular sejak semalam.

“Penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang selesai menjalankan amanah menyaring dan menguji Kluster Tembok di Penjara Alor Setar.

“Setelah selesai menjalankan tugas mereka keluar diiringi nyanyian daripada banduan-banduan menghargai keringat dan titik peluh setiap petugas . Frontliners You Are The Real Heroes,” tulisnya di hantaran Facebook beliau.

Kamu wira negara

Hantaran berkenaan juga berjaya menimbulkan rasa terharu dan sayu dalam kalangan netizen dengan ramai yang memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

‘Terima kasih hero’, ‘kamu wira sebenar negara’ dan ‘pengorbanan anda terlalu besar’ adalah merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen di hantaran berkenaan.

c3 c2 c1

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai pantun nasihat mencuit hati oleh petugas kesihatan ini kepada orang kampung melalui pautan di bawah. 

Dengarkan Pantun Nasihat Secara Berseloroh Oleh Petugas Kesihatan Ini Kepada Orang Kampung

Radin Mahu Lelong Yeezy Untuk Kutip Dana Bantu ‘Frontliners’ Dan Insan Yang Memerlukan

Berpeluh Seperti Bekerja Dalam Hujan, Tonton Apa Yang Berlaku Bila ‘Frontliners’ Tanggalkan PPE

Sumber