Siapa tidak mengenali Taylor Swift yang terkenal dengan lagu ‘Love Story’, ‘Look What You Made Me Do’ dan banyak lagi. Kini, Taylor Swift tampil dengan muzik video terbaharu ‘Me’ dan berjaya meraih 15 juta tontonan dalam masa 3 jam muzik video itu dilancarkan.

https://twitter.com/taylorchart13/status/1121666719158681600

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lagu tersebut merupakan duet beliau bersama vokalis Panic! At The Disco, Brendon Urie. Sebelum ini, lagu ‘Look What You Made Me Do’ meraih 15 juta tontonan dalam masa 10 jam dan kini beliau memecah rekodnya terdahulu.

Malah, kini setelah 22 jam muzik video itu dilancarkan, ia meraih lebih 50 juta tontonan. Ini menunjukkan bahawa peminat Taylor Swift sangat menantikan buah tangan terbaru beliau. Tahniah Taylor Swift atas kejayaan ini.

Sumber