Pada 10 Februari lalu, kita dikejutkan dengan pemergian Abam daripada kumpulan Bocey. Permegian mengejut ini bukan sahaja ditangisi buat rakan terdekat abam malah membuatkan rakyat Malaysia sebak apatah lagi apabila dikongsikan mengenai amalan baiknya sewaktu masih hidup.

Berdasarkan pemergian arwah Abam, Achey dan Fad selaku rakan baik arwah dan merupakan anggota kumpulan Bocey turut berjanji untuk membantu kerja-kerja yang ditinggalkan arwah Abam serta bakal meneruskan karier lawak mereka bersama kumpulan Bocey.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Terbaharu, Achey dan Fad telah mengeluarkan sebuah muzik video bertajuk ‘Kita Baik Ramai Sayang’ yang ditujukan buat arwah Abam sebagai pengubat rindu khas buat orang ramai yang merindui arwah Abam.

Setakat artikel ditulis, muzik video ini sudah berjaya berada di tangga ketiga trending YouTube dan meraih lebih 300,000 tontonan tidak sampai 24 jam ditayangkan.

Muzik video yang menyayat hati ini sekaligus turut membuatkan para netizen serta meluahkan kesedihan mereka di ruangan komen. Berikut antara komen netizen mengenai muzik video ‘Kita Baik Ramai Sayang’.

photo6311890479893031362

photo6311890479893031363

Didodakan semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang beriman serta dipermudahkan keluarga arwah dalam menjalani kehidupan tanpa individu berpengaruh ini.

Pada bulan lalu, kita dikejutkan dengan pemergian dua selebriti tanah air iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair.

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Anda Mungkin Suka