Selepas Showroom, Pa’din Musa dan Kide Baharudin menempa nama menerusi kasut edisi khas mereka, giliran editor dan juruvideo Mark Adrian Khor pula melakar nama bersama Vans menerusi video skate hebat Nusantara yang menampilkan keindahan skating scene di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Majlis tontonan rasmi Nusantara berlangsung pada 17 Februari lalu di REX KL yang berlangsung dengan jayanya. Ia kemudiannya dimuat naik pula di saluran rasmi Vans di YouTube semalam.

Setakat sehari dikongsi kepada umum, ia mendapat respon yang luar biasa daripada skaters luar negara yang memuji keunikan video ini dari segi audio dan visualnya.

Lagu Perang oleh Monoloque & Orkes Gamelan Pahang Di Raja merupakan antara lagu yang dipilih untuk dijadikan runut bunyi dalam video ini. Elemen nusantara yang kuat pada video ini menjadikannya lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan ratusan video skate yang ada di YouTube ketika ini.

Nusantara menampilkan skaters dari Asia Tenggara iaitu Rubianda, Mario Palandeng, Feroze Rahman, Sharil Effendy dan Fikri Fauzi memperlihatkan keindahan dan keunikan skate scene yang ada di tiga negara yang terlibat.

Digabungkan elemen-elemen ini, maka terhasilkan Nusantara. Bercerita tentang Nusantara, Mark Khor berkata projek ini bermula sebagai projek suka-suka sahaja bersama rakan pada 2019. “Pada mulanya ideanya adalah untuk melawat kawasan yang didiami rakan-rakan untuk kami skate. Jadi kami jelajah beberapa lokasi seperti Jakarta dan Bali di Indonesia, Singapura dan semestinya kawasan epik sekitar Malaysia,” kata Mark.

Nusantara juga merupakan kolaborasi antara atlet dan pembikin filem di 3 negara. Disebabkan COVID-19 yang melanda dunia, projek ini tertunda selama 2 tahun tetapi dapat juga disiapkan berkat semangat semua yang terlibat dalam filem pendek ini.

Tahniah buat Mark Khor dan para skaters yang terlibat. Semoga lebih banyak projek seperti ini akan muncul di masa akan datang.

Ini beberapa projek kolaborasi Vans dengan anak tempatan sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Lihat Koleksi Kolaborasi Khas Anak Tempatan Pa’din Musa Bersama Vans

Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checkered Day’