Skil Lionel Messi sememangnya tidak dapat dinafikan ketika di atas padang. Semestinya akan ada sahaja magis yang dilakukannya tanpa sedar.

Namun dalam satu video yang dimuatnaik oleh adidas Football di Instagram semalam, ianya nyata menimbulkan tanda tanya. Ada yang kata ianya betul dan ada yang kata ianya fake untuk menarik minat peminat melihat video berkenaan.

Dalam video ini Messi dilihat menendang dari jarak jauh dan bola berkenaan melalui celah kaki wartawan yang ada di seberang padang. Jika ianya Messi, video ini dapat dibuat tanpa bantuan CGI.

Jadi buat peminat Messi, adakah ini benar atau pun sekadar promosi pemasaran daripada adidas Football? Tetapi ini Messi, video ini dapat dibuat tanpa sebarang bantuan CGI. Jika ianya benar, Messi memang GOAT.