Umum ramai orang mengetahui risiko bahaya apabila meninggalkan anak kecil di dalam kereta sehinggakan ada yang mengakibatkan kematian. Namun perkara ini kerap kali berulang pada setiap tahun seperti sudah menjadi satu ‘kebiasaan’ di kalangan masyarakat kita.

Terbaru, tular satu rakaman video pada petang semalam di mana sekumpulan orang ramai cuba mengoyangkan sebuah kereta Proton Persona untuk mengejutkan seorang kanak-kanak perempuan yang tertidur semasa ditinggalkan sendirian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1386224325926088704

Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang turut berada semasa kejadian menyatakan anak perempuannya itu sekiranya tertidur, memang akan ‘tidur mati‘ dan sukar untuk bangun sekiranya dikejutkan.

Setelah kanak-kanak tersebut terjaga dari tidur, mereka memberikan ‘arahan’ kepadanya yang masih dalam keadaan mamai untuk membuka pintu untuk mengeluarkannya daripada kereta secepat mungkin.

Video itu telah mendapat hampir 650,000 ribu tontonan dan ribuan reaksi daripada netizen. Rata-rata ramai tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tersebut yang meninggalkan anaknya bersendirian dan ada juga berkongsi pengalaman sendiri yang pernah berhadapan situasi seperti itu.

https://twitter.com/AliffZulkifly/status/1386485007338774532?s=20

Netizen juga turut memuji orang ramai kerana prihatin dan berkerjasama untuk membantu wanita tersebut untuk mengejutkan anak perempuannya itu dengan selamat.

Semoga video ini dapat menjadi tauladan kepada kita semua agar tidak meninggalkan anak-anak kecil keseorangan di dalam kereta kerana risiko bahaya yang agak tinggi.

Pada tahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan maut apabila ditinggalkan ayahnya selama 10 jam di dalam kereta.

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Selepas 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta Bapa Di Kedah

Lalu Lintas Sesak Selepas Dua Individu Disyaki Mabuk Tertidur Di Hadapan Lampu Isyarat

Sumber