Ketika ini, pasti sebahagian rakyat Malaysia sudah tonton drama Korea, Sweet Home di laman penstriman Netflix. Dari pelbagai watak unik yang berjaya dilakonkan oleh para pelakon sehingga jalan cerita yang menarik, penonton pastinya tidak sabar menanti musim kedua bagi siri tersebut.

Apabila berbicara mengenai drama Korea tersebut, pasti rata-rata rakyat Malaysia teringat akan watak Seo Yi-kyung yang merupakan seorang ahli bomba dilakonkan oleh pelakon wanita terkenal, Lee Si Young.

Seperti perwatakan ganas beliau di dalam drama siri tersebut, baru-baru ini pelakon itu telah membuktikan betapa kuatnya beliau dengan menghancurkan sebuah tembikai dengan hanya menggunakan tangan beliau.

Menurut perkongsian video di laman TikTok beliau, perkara tersebut difahamkan terjadi selepas pasangan pelakon tersebut melakukan ‘prank’ terhadap beliau.

@leesiyoung38

먹을때 방해하지마 #이시영 #먹방 #mukbang #acting #우쥬록스

♬ 오리지널 사운드 – 이시영 – 이시영

Walaupun tidak dapat dikenal pasti, sebahagian peminat yang menonton turut meninggalkan komen menjelaskan bahawa buah tersebut kemungkinan telah pun dibahagi dua sebelum dihancurkan.

Namun sebahagian daripada mereka percaya perkara tersebut tidak mustahil kerana beliau dipercayai pernah menjadi peninju profesional yang berjaya.

Video sering mendapat perhatian peminat

Bagi sesiapa yang tidak tahu, baru-baru ini akaun TikTok pelakon tersebut sering menjadi bualan ramai kerana kebanyakan video yang dimuat naik tular dan sering ditonton lebih jutaan kali oleh peminat.

@leesiyoung38

양념을 너무 많이 뿌렸을때 #이시영 #우쥬록스 #cooking

♬ 오리지널 사운드 – 이시영 – 이시영

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video yang baru sahaja dimuat naik kelmarin telah raih kira-kira 2 juta penonton kerana aksi yang dipaparkan oleh pelakon dan pasangan beliau memaparkan beberapa aksi lucu membuatkan peminat bertambah jatuh hati terhadap pelakon tersebut.

@leesiyoung38

@mads💛 님과 #이어찍기 진짜 잘할 수 있는데 #이시영 #우쥬록스

♬ 오리지널 사운드 – 이시영 – 이시영

@leesiyoung38

혼자 먹으면 체할까봐~ #이시영 #식탐 #foodie #우쥬록스

♬ 오리지널 사운드 – 이시영 – 이시영

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai Kim Nam Hee yang terkenal daripada drama blockbuster Korea, ‘Sweet Home’. Baca pada pautan di bawah.

Kenali Kim Nam Hee, Si Kacak Daripada Drama Blockbuster Korea, ‘Sweet Home’

‘Trending’ Selepas Tiga Hari Ditayangkan, Ini Sebabnya Anda Wajib Tonton Siri Sweet Home

 

Sumber