13 juta bukan satu angka yang kecil jika ia melibatkan karya anak tempatan. Video yang menerima tontonan jutaan itu adalah konten berbentuk visual gag.

Visual gag adalah penyampaian komedi secara visual yang biasanya dilakukan tanpa perkataan langsung. Ia melibatkan gerakan fizikal yang mustahil boleh dilakukan aka tidak terjangka dek akal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vs gag 1

VS Gag Team adalah sekumpulan anak muda tempatan yang mempunyai minat dan kemahiran dalam menghasilkan video-video sebegini. Majoriti video mereka menggunakan pelbagai watak superhero seperti Spiderman, Kamen Rider, Captain America, Power Rangers dan Darth Vader sehingga menarik lebih kurang 34 juta penonton keseluruhan.

Video The Amazing Spider-Man in Real Life ini dihasilkan oleh VS Gag Team selama 3 bulan menggunakan perisian Maya dan Adobe After Effect. Ia telah menerima lebih kurang 13 juta penonton sewaktu artikel ini ditulis.

Malah, VS Gag Team turut menunjukkan bagaimana video tersebut dihasilkan dengan menggabungkan animasi dan realiti menjadi satu.