Sejak semalam tular sekeping video pendek aplikasi TikTok yang menampilkan Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad dan dua pengguna media sosial yang lain di media-media sosial.

Video yang berdurasi kurang seminit itu difahamkan dibuat bagi menjemput orang ramai menghasilkan video Tik Tok dari rumah dan individu yang hadir dengan idea paling kreatif bakal memenangi hadiah daripada Menteri Pengajian Tinggi itu.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

photo_2020-04-09_11-49-55

You guys jangan merayau-rayau tau, stay put kita buat TikTok.

“Siapa yang paling kreatif saya ada hadiah menarik untuk anda,” kata Dr Noraini dalam video tersebut.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton video itu sebelum ini, ia memaparkan perbualan seorang ibu (Menteri Pengajian Tinggi) yang membuat panggilan video kepada dua anaknya.

Dalam perbualan tersebut, beliau dilihat menasihati ‘anaknya’ itu supaya mematuhi nasihat perdana menteri agak kekal berada di rumah sebelum ucapan PM ‘kesana kesini’ dalam bentuk rap yang diambil daripada ucapannya sebelum ini dimainkan dan disudahkan dengan tarian sambil memakai face shield oleh dua netizen itu.

Video berdurasi seminit itu bagaimanapun dikatakan telah dipadam setelah mendapat reaksi negatif daripada netizen terutamanya di Twitter.

Semakan kami di akaun media sosial Dr Noraini Ahmad serta dua netizen jemputan itu juga gagal untuk menemui video asal yang dimuat naik sebelum ini.

Bagaimanapun, semakan kami di media sosial Twitter mendapati video tersebut masih tersedia dan dimuat naik oleh pihak-pihak lain.

Menurut salah seorang netizen yang terlibat dalam video tersebut, @norreen143, beliau mengakui telah memadam video tersebut kerana merasakan “benda ni tak okay”.

Bagaimanapun, semakan kami di akaun Dr Noraini pula tidak menemui sebarang komen mengenai video tersebut yang dikatakan telah dipadam itu.

Walaupun tidak diketahu sebab sebenar video tersebut dipadam, namun ia dipercayai setelah menerima reaksi negatif daripada kalangan netizen terutama mereka yang berada di Twitter.

Beberapa netizen juga berpendapat pertandingan video TikTok itu tidak sesuai untuk dilakukan memandangkan situasi negara yang kini sedang berhadapan dengan situasi COVID-19.

photo_2020-04-09_11-51-53 photo_2020-04-09_11-50-01 photo_2020-04-09_11-49-59

Walau apa-apa sekalipun, apa kata kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab mengenai pertanding TikTok ini sama ada ia dipadam kerana mendapat maklum balas negatif daripada netizen atau sebaliknya.

Tahukah anda walaupun sering dipandang rendah namun TikTok sebenarnya mempunyai banyak lagi fungsi yang tidak diketahui orang ramai. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini.

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

TikTok Kalahkan Facebook Dan WhatsApp Sebagai Aplikasi Paling Banyak Dimuat Turun

Asyik ‘Ber-TikTok’ Di Pejabat, Telefon Pekerja Ini Dilempar Ke Lantai Oleh Bos Sendiri

Anda Mungkin Suka