Tular sebuah video berdurasi beberapa saat yang menunjukkan seekor tikus sedang menikmati hidangan ayam yang tersedia di kedai makan.

Video yang dimuat naik oleh Zoeyhanafiah di akaun Twitter miliknya itu tular dan ditonton lebih 100,000 kali.

https://twitter.com/zoeyhanafiah/status/1606032911744249856

Di dalam video tersebut, kelihatan seekor tikus bersaiz besar sedang memakan hidangan ayam goreng yang tersedia di restoran terbabit.

Tidak pasti restoran ini di mana, tetapi melalui catatan yang ditulis bersama-sama dengan video tersebut, dipercayai bahawa tempat tersebut adalah restoran mamak.

Ciapan itu tular di kalangan netizen di Twitter dengan kebanyakan komen terkejut dengan video terbabit.

Ciapan ini turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana mereka meminta maklumat terperinci seperti lokasi dan nama restoran terbabit.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA,” kata KKM.