Setiap orang pasti mempunyai hobi yang pada mata orang lain nampak seperti ‘membazir’, tetapi ianya satu kepuasan buat diri anda serta orang lain yang turut berkongsi minat yang sama.

Baru-baru ini tular satu video TikTok menunjukkan seorang collector Hot Wheels menghadiahkan kereta mainan yang sama model seperti sebuah kereta diletakkan berhampiran dengan rumahnya.

@need4zcars

✌️Finally did something I always wanted to do, I think he seemed pretty happy afterwards🙌 #fyp #cars #hotwheels #typeR #honda #civic #jdm #carpage

♬ FOLLOW ME HEHE – Birkan Tahsin

Pada akhir video tersebut, beliau berjaya merakam reaksi pemilik kereta tersebut setelah menjumpai model Hot Wheels yang diletakkan pada bahagian cermin hadapan keretanya.

Sungguh priceless reaksi pemilik kereta Honda Civic FK8 Type-R tersebut apabila beliau melompat kegembiraaan dan mencari-cari siapakah yang menghadiahkan kereta Hot Wheels tersebut kepadanya sebelum masuk ke dalam kereta.

Video tersebut telah mendapat 20.7 juta tontonan dan lebih 47 ribu komen daripada pengguna TikTok di seluruh dunia. Rata-rata ramai berasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada collector Hot Wheels itu kerana menceriakan hari pemilik kereta Honda tersebut.

Salah seorang pengguna Twitter telah memuat naik semula video tersebut dan telah menarik perhatian peminat-peminat kereta Hot Wheels atau diecast di Malaysia untuk berkongsi kenangan hobi mereka bersama pengguna Twitter yang lain.

Ada yang berkongsi video kegembiraan anaknya setiap kali menerima hadiah Hot Wheels yang kini telah mempunyai koleksi mencecah 150 unit. Tidak kurang juga ada yang baru faham mengapa orang lain sangat gembira setiap kali ternampak Hot Wheels sehingga mempunyai ruang simpanan khas di rumah mereka.

https://twitter.com/eliandira/status/1402444997614395396?s=20

https://twitter.com/syfqhadilh/status/1402455721472495618?s=20

Rata-rata pengumpul Hot Wheels atau diecast menyatakan mereka sudah lama minat model kereta mainan ini, cuma apabila umur sudah meningkat besar barulah mereka lebih mampu untuk membeli dan mengumpul menjadi koleksi.

Tambah mereka lagi, kini mereka berasa puas dapat melihat koleksi yang mereka kumpul diletakkan pada satu ruangan khas di rumah mereka. Ruangan tersebut menjadi ‘penyejuk mata’ setiap kali mereka melihat ruangan tersebut.

vocket-orang-ramai-kongsi-kenangan-hot-wheels-4
Sumber Gambar: Amazon

Kami membuat carian di Amazon dan mendapati kereta Hot Wheels Honda Civic FK8 Type-R itu merupakan salah sebuah model dari set Hot Wheels Nightburners 10 Pack. Ia dijual pada harga USD13.95 (RM57.44) tidak termasuk kos yang lain.

‘Collector’ Hot Wheels dan pemilik Honda Civic FK8 Type-R yang tular di TikTok itu telah buktikan kepada satu dunia bahawa — “Lelaki hanya perlukan sebiji Hot Wheels untuk gembira.”

Dari minat ‘custom’ kereta Hot Wheels, seorang remaja berpeluang untuk menghasilkan model ‘custom’ untuk Ford Wak Doyok.

Bermula Dengan ‘Custom’ Hot Wheels, Remaja Ini Kini Buat Kereta Untuk Wak Doyok

Bukan Hanya Sekadar Hot Wheels, Model ‘Rare’ Ini Kini Bernilai RM15,000

Lihat Gelagat Peminat ‘Hot Wheels’ Rebut Peluang Beli Model Edisi Khas

Sumber