Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Asrul Shamri kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini di Vocket. Semoga nota ini sedikit sebanyak membantu anda yang berminat menjadi selebriti media sosial.

Kisah Pembikin Video Viral Zukieeeee

Sesi perkongsian pengalaman selebriti sosial media di event ‪#‎BorakBisnes‬ anjuran Virus Marketing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=FOlZoECFJfQ

  1. Buat video sebab MINAT yang mendalam untuk menghasilkan sketsa lawak dengan konsep Vine Video (video durasi pendek).

  2. Baru bermula sejak 3 bulan yang lalu. Bermula di IG dan kemudian beralih ke FB yang mana audien di FB lebih jujur dalam memberi komen dan feedback.

  3. Bekerja sebagai pemandu trem di Zoo Negara dan sekarang fulltime dalam menghasilkan video.

  4. Konsep lawak yang dipilih adalah jenis lawak SLAPSTIK seperti Charlie Chaplin dan The 3 Stooges.

  5. Buat video lawak bermula dengan sekadar hobi menggunakan telefon Lenovo dan sekarang menggunakan iPhone 5 untuk menghasilkan video yang lebih berkualiti apabila ramai mula memVIRALKANkan videonya.

  6. "Breaking Point" adalah apabila SiakapKeli kongsi video "Asap Petak Vape" dan ramai mula follow Fanpagenya. 8 ribu LIKE setiap hari selepas itu. Sekarang dah lebih 200 ribu LIKE!

    zukie-01
    Selebriti media sosial Zukieeeee.
  7. Idea-idea lawak adalah daripada kejadian yang berlaku di sekelilingnya, kisah-kisah kelakar yang terjadi kepada kakaknya atau kawan-kawannya.

  8. Mempunyai sidekickJamal Tetsu yang menyerikan lagi video dengan lawak-lawak selit yang anda akan perasan kelakar jika tengok berulang kali. Tak lupa juga kawan-kawannya yang lain yang turut menjayakan setiap adegan lawaknya.

  9. Videonya mula viral apabila mula buat suara kecil dan cerita-cerita lawak yang selalu terjadi dalam masyarakat (cari kelainan dan keunikan dalam menghasilkan video lawak).

  10. Mula mendapat perhatian artis-artis seperti Amir Raja Lawak, Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Achey Bocey untuk berkolaborasi.

  11. Penerbit AJL juga turut berminat menjemput Zukieeeee utk "cameo" dalam AJL30 nanti.

  12. Masa upload videonya adalah pada jam 8.00 malam di mana akan mendapat engagement lebih tinggi berbanding waktu-waktu lain.

  13. Akan bagi jarak masa lebih kurang 3 hari di antara setiap video yang diupload untuk memberi laluan videonya mendapat hit yang tinggi sementara masih panas.

  14. Penghasilan video tanpa storyboard, setiap angle dan shot hanya dibayangkan dalam kepala otaknya sendiri yang mana saya rasakan sangat brilliant dan superb!

    zukie-02
    Selebriti media sosial Zukieeeee.
  15. Video shooting dan editing menggunakan telefon sahaja.

  16. Mula membuat video reviu produk atas permintaan banyak pihak dengan idea dan konsep lawaknya yang tersendiri.

  17. Sangat mengagumi pengarah Mamat Khalid kerana berani memaparkan kisah-kisah rakyat dalam karyanya.


Semoga cita-citanya menjadi seorang pengarah filem dan mempunyai production house sendiri berjaya tercapai satu hari nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=itgVeSU9s7E

https://www.youtube.com/watch?v=dSDMmCHEvWc

Tonton lebih banyak video kelakar di FB Page Zukieeeee.

BACA: 10 Kata-Kata Paling Lawak Samy Vellu. #10 Paling Lawak Sampai Ketawa Pecah Perut

BACA: 9 Tweet Kelakar Daripada Badan Halal Singapura

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram