Sebuah rakaman menunjukkan beberapa remaja perempuan dipukul oleh pekerja rumah anak yatim di Arab Saudi telah mencetuskan perdebatan di media sosial. Video yang tular pada 31 Ogos 2022 lalu turut menarik perhatian badan pemerhati hak asasi manusia yang mendesak agar kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan terhadap pelakunya.

Mengikut laporan VICE News, insiden ini terjadi selepas berlakunya bantahan oleh beberapa penduduk rumah anak yatim mengenai keadaan rumah yang begitu daif. Tidak jelas siapa yang merakam video tersebut, namun ia dipercayai mula tular di Twitter, kemudiannya dikongsi semula oleh pemantau hak asasi manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan bahawa remaja terbabit memulakan bantahan tersebut dengan melakukan aksi mogok lapar. Namun mereka kemudiannya dipaksa masuk ke dalam dan ada sebahagian daripada mereka telah dipukul. Seorang wanita dilihat diseret dan tangannya digari.

Turki bin Talal, gabenor wilayah Asir, lokasi di mana rumah anak yatim itu terletak, berjanji untuk menyegerakan siasatan menyeluruh ke atas kejadian itu. Video menyayat hati itu telah ditonton berjuta-juta kali di pelbagai platform media sosial.

Lina al-Hathloul, seorang aktivis hak asasi manusia Saudi, menganggap kejadian itu menggambarkan betapa kejamnya layanan yang diterima wanita di negara Dolar Petro setiap hari. Loujain al-Hathloul yang kini ditahan kerana mengadakan demonstrasi menentang larangan wanita memandu berkata, “Beginilah cara rejim Mohammad bin Salman [Putera Arab Saudi] menahan rakyatnya,” kata Lina menerusi akaun Twitternya.

Arab Saudi mahu belah padang pasir dengan bangunan mewah sepanjang 120 kilometer. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Arab Saudi Mahu Belah Padang Pasir Dengan Bangunan Mewah Sepanjang 120 Kilometer

Arab Saudi Rayakan ‘Valentine’, Tawar Pelbagai Promosi Hadiah Sempena Hari Kekasih

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal