Ibu adalah umpama payung yang menjadi tempat kita berteduh. Kehilangan mereka di usia muda adalah sesuatu yang berat untuk dihadapi. Apatah lagi kita hanya mampu mengenang dan melihat kenangan manis melalui kepingan gambar dan rakaman video.

Namun bagi gadis ini, ia mempunyai cara yang istimewa untuk melihat wajah ibunya yang sudah meninggal dunia. Pemilik akaun TikTok @lediaelan tidak menyangka bahawa ia mampu melihat kembali ibunya sedang berjalan melalui aplikasi Google Maps.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@lediaelan

thanks for the 3.7M viewers❤️❤️#fyp #viral #fypシ

♬ Surrender – Natalie Taylor

“Ibu saya meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Tetapi di Google Maps Mama kelihatan sangat sihat. Tadi, saya saja mencari rumah saya di peta. Kerana ramai yang memberi komen bahawa mereka ingin melihat rumah saya sebelum saya berpindah.

“Saya benar-benar terkejut melihat Ibu berjalan. Terima kasih Google Maps. Saya tidak mengambil banyak gambar Ibu kerana telefon bimbit saya yang hilang,” tulis @lediaelan.

tiktok-7

Sehingga hari ini, video yang viral di negara jiran tersebut telah ditonton lebih 4 juta orang, ia juga mendapat lebih 300 tanda suka dan lebih 1,000 komen di akaun TikTok Ledia. Netizen yang menonton video tersebut turut terharu dengan cerita Ledia dan mereka turut mendoakan kesejahteraan beliau.

Memetik Wolipop, wanita yang bernama Ledia Elan Safitri ini mengaku bahawa idea asalnya membuka Google Maps adalah untuk melihat kawasan rumahnya yang telah ditinggalkan empat tahun lalu. Namun, dia tidak menyangka bahawa videonya menjadi viral di TikTok dan beberapa platform media sosial yang lain.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

TikTok Perli Instagram Selepas Hasilkan Aplikasi Pencabar

Usia Bukan Penghalang, Tun Mahathir Kini Miliki Akaun TikTok Sendiri

Hanya Guna Tisu Dan Sabun, Lihat Bagaimana TikTok Ini Bantu Bersihkan Kesan Minyak Di ‘Tupperware’

Sumber