Video Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menziarahi wanita warga emas berbangsa Cina baru-baru ini di rumahnya menyentuh hati para netizen yang menontonnya.

Menurut Nik Ezanee, wanita warga emas yang dikenali sebagai Ah Siong itu merupakan kenalan keluarganya dan sentiasa membawakan beliau pau kepadanya ketika wanita tersebut bekerja bersama syarikat milik keluarganya 30 tahun yang lalu.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

"One good deed a day.." OCPD did it!

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, 16 June 2020

“Ah Siong ni masa saya kecil-kecil dia selalu belikan saya pau. Orang tua saya bekerja di kawasan ini (Taman Sea, Petaling Jaya) dan dia pun kerja sekali.

“Jadi, bila saya ikut pergi pejabat dia belikan saya pau, saya budak kecil lagi waktu itu.

“Sekarang ini saya boleh beli pau saya sendiri, saya nak hantar balik lah dekat dia,” cerita Nik Ezanee dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya pada Selasa lalu.

Video tersebut yang kini sudah pun mencatatkan lebih sejuta tontonan nyata menyentuh hati sesiapa saja yang melihat keakraban mereka berdua.

komen2 komen3

Selain membawa bungkusan pau, beliau juga turut dijemput masuk ke dalam rumah dimana mereka berdua sempat berbual dan wanita tersebut menceritakan masih mengenali anggota polis tersebut dan sentiasa mengikuti perkembangannya.

“Dia masih ingat dan mengakui mengikuti perkembangan saya di media selain turut menyimpan keratan berita mengenai saya.

“Ia benar-benar mengejutkan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Nik Ezanee menjelaskan usaha tersebut adalah permulaan kepada inisiatif terbaru dari pihaknya dalam menjaga kebajikan warga emas dan golongan berisiko ketika situasi COVID-19 ketika ini.

Tambahnya lagi, usaha tersebut selepas ini akan diteruskan oleh pegawai-pegawainya yang lain.

Polis dan masyarakat sememangnya berpisah tiada. Baca perkongsian kami mengenai lelaki ini yang mendapat teguran manis dari anggota polis ketika cuba ber-OOTD bersama motosikalnya sebelum ini yang menarik perhatian netizen di pautan di bawah. 

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Remaja Menyamar Inspektor Dicekup Selepas Kenalkan Diri Kepada Polis Sebenar

Anda Mungkin Suka