Kajian sosioekonomi yang dijalankan telah meletakkan Vienna, ibu negara Austria di index tertinggi untuk didiami, Baghdad paling teruk, manakala London, Paris dan New York gagal tersenarai dalam carta 35 teratas berdasarkan kajian antarabangsa mengenai kualiti hidup.

Bandar berbahasa Jerman mendominasi ranking kajian 18th Mercer Quality of Life di mana turut mengekori rapat di bawah Vienna adalah Zurich, Munich, Düsseldorf dan Frankfurt yang berada dalam carta 7 teratas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paris terus menjunam turun 10 tangga dan berada di tangga ke 37 dalam senarai. Diikuti London pada tangga ke 39 atas faktor kelemahan bandar ini yang terdedah kepada serangan pengganas.

ranking-bandar-berkualiti-dunia-1
Di salah satu kafe atas bumbung di Vieanna, terpilih sebagai bandar terbaik untuk didiami.

Kajian ini turut menilai keadaan sosial dan ekonomi, kesihatan, pendidikan, perumahan dan alam sekitar yang kemudiannya akan digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk mencari dan menilai berapakah kadar tangga gaji yang wajar dibayar kepada kakitangan di bandar tersebut.

Helena Hartlauer berusia 32 tahun dan merupakan anak jati Vienna menyatakan beliau tidak terperanjat apabila bandar kelahirannya tersenarai di tangga teratas.

Kerajaan sosial demokrat di bandar ini masih mengamalkan tradisi melabur dalam perumahan sosial berkualiti tinggi, menjadikan Vienna sebagai bandar berpatutan di kalangan bandar-bandar besar.

Saya tinggal di sebuah apartmen seluas 100 meter persegi di lokasi yang berjarak 20 minit berjalan kaki dari pusat bandar. Tapi sewa yang dikenakan bagi rumah saya hanyalah 800 Euro (RM3000, atau 625 GBP) sebulan.

Kos sewaan bagi apartmen dengan keluasan yang sama di London paling kurang adalah GBP2,000 sebulan. Malahan bagi New York, kos sewa apartmen yang sama saiz adalah lebih mahal. Untuk pengetahuan New York berada di tangga ke 44 dalam ranking.

Bandar-bandar dari AS menunjukkan prestasi lemah daripada kajian ini. Antara faktor yang mempengaruhi adalah isu keselamatan diri dan jenayah.

Ranking bandar tertinggi di Amerika Syarikat ialah San Francisco (tangga ke 28) manakala Boston adalah ke-34. Bandar-bandar Kanada yang didahului oleh Vancouver jauh mengatasi pesaing mereka iaitu AS dalam ranking.

ranking-bandar-berkualiti-dunia-3
Paris berada di ranking ke 37, jatuh 10 mata berbanding tahun sebelumnya.

“Anda tidak akan sedar betapa selamatnya Vienna sehinggalah anda melangkah ke luar negara,” ujar Hartlauer. “Kami juga mempunyai pengangkutan awam yang sangat baik dengan pengangkutan bawah tanah yang beroperasi 24 jam di hujung minggu dan kos bagi setiap perjalanan hanyalah sebanyak 1 Euro”.

Vienna mendapat faedah yang besar dari kejatuhan Tembok Berlin dan ia menjadi pintu masuk ke negara-negara timur Eropah yang mempunyai hubungan sejarah yang rapat dengan bekas empayar Austria-Hungary.

“USP terbesar adalah lokasi geografi kami,” kata Martin Eichtinger, Duta Austria ke London yang pernah tinggal di Vienna selama 20 tahun. “Kejatuhan Tembok Berlin membantu mentakrifkan Vienna sebagai hab untuk syarikat yang ingin menjalankan perniagaan di Eropah tengah.”

ranking-bandar-berkualiti-dunia-4
New York berada di ranking 44

Menurut Bank Dunia, Austria merupakan antara negara dengan KDNK per kapita tertinggi di dunia dan berada di belakang Amerika Syarikat. Negara ini juga berada di depan Jerman dan Britain meskipun sedikit rendah berbanding jirannya Switzerland.

Zurich di Switzerland dinamakan oleh Mercer sebagai mempunyai kualiti kedua tertinggi di dunia untuk hidup, tetapi Vienna berkata bandar mereka adalah jauh lebih menyeronokkan.

“Terdapat lebih ramai pelajar yang berbahasa Jerman di Vienna berbanding di bandar lain. Ia adalah sebuah bandar kecil yang meriah dan berkembang dengan sangat cepat,” kata Hartlauer  sambil mengakui dia bekerja untuk lembaga pelancongan di bandar ini.

Vienna telah lama diabaikan oleh pelancong British bagi percutian hujung minggu kerana kebanyakan mereka cenderung memilih Barcelona atau Berlin dan menganggap Austria sebagai lokasi tarikan hanya untuk bermain ski serta menikmati tasik dan gunung sahaja.

Tetapi selepas peningkatan penerbangan kos rendah dari bandar-bandar wilayah British seperti Manchester dan Edinburgh, Vienna mula menjadi destinasi popular.

ranking-bandar-berkualiti-dunia-5
Hyde Park, London. Bandar ini tidak pernah tersenarai dalam top 10 Mercer’s quality-of-life.

Pada tahun 2015 terdapat 588,000 pelawat British ke Vienna iaitu meningkat sehingga 18% berbanding tahun sebelumnya. Aliran masuk ke London juga meningkat daripada Vienna di mana Eichtinger berkata London telah menjadi destinasi bandar no 1 untuk pelawat Austria.

“Vienna telah menduduki tempat teratas dalam 7 kedudukan terakhir diterbitkan,” kata Mercer. “Ia satu skor yang tinggi dalam beberapa kategori iaitu menyediakan persekitaran yang selamat dan stabil untuk didiami, kemudahan awam dan kemudahan pengangkutan yang efisyen, dan kemudahan rekreasi yang baik.”

Baca: 8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Bandar Tempatan Paling Best

Krisis migrasi warga asing ke Eropah yang telah menyaksikan sejumlah besar pelarian dan pencari suaka seramai 1.8 juta yang melintasi Vienna dalam perjalanan ke Jerman turut memberi sedikit impak kepada bandar ini, kata Eichtinger. “Kami telah berjaya menempatkan 90,000 pelarian di Austria tetapi bilangannya mula menurun dalam beberapa bulan kebelakangan ini.”

London tidak pernah tersenarai dalam kualiti hidup 10 teratas, kata Mercer. Ia telah dirosakkan oleh pencemaran udara, kesesakan lalu lintas dan iklim. Selepas London, Edinburgh adalah bandar British seterusnya yang berada di tempat ke-46.

ranking-bandar-berkualiti-dunia-6
Pemandangan daripada Mt Eden di Aucland, bandar berbahasa Inggeris di kedudukan tertinggi dalam kajian ini.

Paris telah mengalami kejatuhan terbesar dalam ranking tahun ini. “Paris kekal stabil selama beberapa tahun tetapi tahun ini jatuh lagi 10 mata daripada ranking keseluruhan,” kata Mercer.

“Penurunan itu adalah akibat serangan pengganas pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, amat penting untuk ditekankan bahawa isu-isu keselamatan adalah satu faktor yang sangat mempengaruhi . Jadi apa-apa perubahan kecil boleh memberi impak yang besar kepada ranking.”

Auckland di New Zealand berada di kedudukan bandar berbahasa Inggeris tertinggi dalam kaji selidik ini iaitu di tempat ke 3, diikuti oleh Vancouver di tempat ke 5.

Bandar-bandar Australia juga turut berada dalam kedudukan sangat tinggi  dengan Sydney di tangga ke-10 dan Melbourne di tangga ke 15.

The Economist secara konsisten meletakkan Melbourne sebagai bandar paling sesuai didiami di dunia, meskipun kaji selidik itu telah dikritik sebagai terlalu Anglocentric.

ranking-bandar-berkualiti-dunia-7
Port-au-prince merupakan antara bandar yang disenarai terbawah bagi bandar berkualiti untuk didiami.

Perang dan pergolakan politik berada di belakang semua bandar-bandar yang paling teruk kedudukannya di dunia.

Lebih menarik, Damsyik yang dinamakan sebagai ke 7 paling teruk berada di kedudukan yang lebih baik bukan hanya mengatasi Baghdad tetapi juga Bangui di Republik Afrika Tengah, Sana’a di Yaman, Port-au-Prince di Haiti, Khartoum di Sudan, dan N’Djamena di Chad.

Ini pula adalah senarai 19 Bandar Paling ‘Happy’ Di Eropah

Sumber