Vietnam merupakan negara yang mempunyai pasaran motosikal yang kecil selain Malaysia. Motosikal yang sentiasa laris dijual kebiasaannya motosikal jenis skuter namun selain daripada motosikal tersebut, motosikal moped underbone juga masih mendapat tempat di kalangan pembeli di sana.

Terbaru, Honda Vietnam telah melancarkan Honda Winner (RS150R) versi edisi premium yang sering menjadi tumpuan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

7D59E03E-857A-432B-A4F7-72332854C889 

Honda Winner edisi premium hadir dengan rekaan dan warna yang sedikit berbeza berbanding model sebelumnya. Model edisi premium ini akan dikenali sebagai edisi 2019 yang akan didatangkan dengan warna dan turut dipadankan bersama rim dengan kemasan berwarna emas.

Model Winner baru ini telah dipadankan dengan enjin silinder tunggal beserta sistem sejukan serta dipacu bersama dengan kelajuan enam kotak gear. Dari spesifikasi, didapati model ini tidak jauh bezanya berbanding model Honda R150R Malaysia. Setakat ini belum diketahui sama ada model ini bakal memasuki pasaran Malaysia mahupun tidak.