Nikmati secawan kopi sambil melihat keindahan pemandangan yang indah bersama tersayang pasti buatkan anda tersenyum gembira. Destinasi pilihan ramai ketika berkunjung ke Kuala Lumpur semestinya Bukit Ampang.

Almaklumlah, anda dapat melihat keindahan cahaya ibu kota dalam kegelapan yang pastinya mempesonakan mata anda. Ingin kami kongsikan ‘port’ tempat makan malam bersuasana romantik di Bukit Ampang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Little Salty Cafe yang terletak di Bukit Ampang menyajikan pelbagai seleksi makanan untuk anda nikmati bersama pasangan anda serta anda akan disajikan dengan pemandangan ibu kota yang indah.

https://www.instagram.com/p/CCjCzOoJ5EL/

Untuk pengetahuan anda, kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dan dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 10 malam. Sebelum terlupa, pastikan anda datang awal dan selalunya kafe ini akan dikunjungi ramai orang pada hujung minggu. Tiada tempahan awal yang boleh dilakukan.

P/s: Menurut tinjauan kami, kafe ini ‘pork-free’ dan mesra Muslim.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa tempat makan menarik di sekitar ibu kota untuk anda kunjungi. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’